HADIS PILIHAN

HADIS KUDSI

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya :
"Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud :
'Iblis berkata kepada Tuhannya :
'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu,aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka.'
Allah menjawab :
'Demi keperkasaan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku.'

BERISTIGHFARLAH...


Saturday, February 12, 2011

TEMUDUGA TERTUTUP

Lokasi temuduga :
-Didalam kubur (alam barzakh)

Kelayakan :
-Anda tidak perlu membawa sebarang sijil
-Anda tidak perlu membawa sebarang pingat
-Anda tidak perlu membawa wang atau harta
-Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik,kacak,berbadan tegap,dan seksi
p/s sila bawa dokumen asal iman dan amal

Ahli panel / penemuduga :
-Mungkar dan Nangkir

Enam soalan permata yang akan ditanya :
-Siapakah tuhan anda??
-Apakah agama anda??
-Siapakah nabi anda??
-Apakah kitab anda??
-Dimanakah kiblat anda??
-Siapakah saudara anda??

Cara permohonan :
-Anda cuma perlu menunggu penjemput kami yang berkaliber untuk menjemput anda pada bila-bila masa
  (mungkin sebentar lagi)
-Ia akan berlembut kepada orang-orang yang beriman dan beramal
-Ia diberi nama Izrail atau lebih dikenali sebagai malaikat maut

Empat ganjaran lumayan jika berjaya :
-Nikmat dalam kubur
-Perlindungan di Padang Mahsyar
-Keselamatan meniti Titian Sirat
-Syurga yang kekal abadi

p/s : SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT MENJAWAB


Peringatan oleh : MUJAHIDIN (hamba ALLAH)

2 comments:

  1. mmg mantap...trus mantapkan lg blog ni...
    smoga bermanfaat kpd pembacanya...
    shukron atas peringatan enta....

    ReplyDelete
  2. Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang mukmin diletakkan dalam kuburnya, datanglah (malaikat-malaikat) kepadanya lalu dia mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Ini menepati firman Allah berbunyi Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut). Nabi s.a.w. menyebut mengenai azab kubur dengan sabdanya, Apabila seseorang Muslim mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Firman Allah, Allah mengukuhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut).

    ReplyDelete