HADIS PILIHAN
HADIS KUDSI
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya :
"Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud :
'Iblis berkata kepada Tuhannya :
'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu,aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka.'
Allah menjawab :
'Demi keperkasaan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku.'
BERISTIGHFARLAH...
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya :
"Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud :
'Iblis berkata kepada Tuhannya :
'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu,aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka.'
Allah menjawab :
'Demi keperkasaan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku.'
BERISTIGHFARLAH...
Saturday, March 12, 2011
TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA PEMUDI ISLAM
Assalammualaikum w.r.t semua (=^_^=)...story ney actually lebih kurang macam sambungan dari story yang ana kongsikan sebelum nih..untuk sesiapa yang ada baca post ana tu lah ye..hurm,...kali ni ana nak kongsi ngan antum mengenai tanggungjawab kita selaku pemuda dan pemudi Islam~...
Islam memerlukan pemuda pemudi yang hebat untuk mengembalikan keagungannya...Kita adalah harapan...sebab apa??..sebab pada pemudalah ada kekuatan fizikal,emosi dan mental berbanding mereka yang telah mencapai usia lanjut..oleh itu,wajarlah kita mambantu Islam dengan meneruskan kerja-kerja dakwah agar Islam kembali mencapai kegemilangannya...Tapi,dimanakah pemuda pemudi Islam!!??...Dimanakah kalian!!??...Tidakkah kalian mahu membantu agama kalian??..Tidakkah kalian mahu membantu saudara2 kalian yang ditindas,dihina,dicaci hanya kerana mereka memeluk agama Islam!!??...Sedarlah kalian..marilah kita bersama-sama memikul tanggungjawab ini...Ayuh kita bangkit berubah....Tinggalkan semua perkara-perkara yang mungkar...Mari kita bersama-sama meneruskan usaha dakwah bagi membantu agama Allah...
Kita selaku pemuda dan pemudi Islam perlu fikir lebih tentang ummat berbanding diri kita sendiri...Cuba kita sama-sama renungkan bagaimana Rasulullah menyangi ummatnya...Rasullullah terlalu sayangkan ummatnya..sehinggalah sewaktu Rasulullah hampir wafat,Rasullullah tidak berhenti menyebut-nyebut ummatnya...Baginda amat menyayangi kita..Adakah kita juga menyangi baginda??tanyalah sendiri pada diri kalian...Jikalau kita katakan sayang pada baginda,marilah kita bersama-sama teruskan usaha dakwah yang telah diketuai oleh Rasulullah sendiri..Kita harus faham dakwah dan cara kerja yang betul..Hanya satu dakwah yang boleh menyelamatkan manusia iaitu ISLAM..Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3 mafhumnya,"...Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu,dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu,dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu..."
Dakwah perlukan pengorbanan...ana nak kongsi dengan antum kisah Khabbab Bin Al'Arat...mungkin ramai yang dah tahu...tapi takpelah,sekadar perkongsian....Khabbab ni hamba kepada seorang wanita..bila tuan dia tahu yang Khabbab dah peluk Islam,Khabbab telah diseksa dengan sangat-sangat kejam...bermacam-macam seksaan yang dikenakan..Antaranya,Khabbab dipakaikan baju besi lalu dibaringkan di bawah terik matahari sehingga kulitnya mengelupas..kepala Khabbab juga diselar dengan panas yang merah membara...yang paling ana gerun bila ana dengar Khabbab kena seret atas timbunan bara api sehingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari badannya memadamkan bara-bara api tu...Tapi Khabbab tetap mempertahankan agama Allah..cuba kita yang berada di tempat Khabbab??adakah kita sanggup melakukan pengorbanan sebegitu??Fikirkanlah....
Pemuda pemudi Islam mestilah mempunyai fikrah Islam yang tulin yang tidak dicemari oleh ideologi-ideologi jahiliyah yang bertentangan dengan Islam...Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 85 mafhumnya,"Dan barang siapa mencari agama selain Islam,dia tidak akan diterima,dan di akhirat dia termasuk yang rugi."...Pada masa kini,musuh-musuh Islam berusaha untuk merosakkan pemuda pemudi Islam dengan pelbagai cara antaranya melalui ghuzwatul fikr(serangan pemikiran)...Tanpa kita sedari mereka telah merosakkan pemikiran pemuda pemudi Islam melalui 5 S (Sports,Smoke,Screen,Songs,Sex) dan 4 F (Fashion,Food,Fun,Female)...Ayuh kita berfikir teman-teman...Adakah selama ini pemikiran kita dikuasai oleh musuh-musuh Islam?...Adakah kita telah tewas dengan serangan mereka???Jika ya, bertaubatlah, berubahlah wahai teman-teman...Jika kita mampu melawan serangan pemikiran ni,insyaAllah,kita akan mampu membentuk dan memperjuangkan fikrah Islam yang sebenar-benarnya...
Antara tugas-tugas kita selaku pemuda dan pemudi Islam ialah menceritakan hakikat Islam dengan jelas kepada mereka yang kurang berpengetahuan, mengajak semua ummat Islam mempraktikkan semua ajaran Islam secara menyeluruh serta berusaha memastikan semua ummat Islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama..Keselamatan hidup kita,dunia dan akhirat,hanya akan diperoleh dengan cara kita tunduk dan patuh dengan keduanya...Kita perlulah menjalankan tugas-tugas ini agar kita mampu membantu bagi menegakkan Agama Islam di muka bumi...Oleh itu,wahai pemuda dan pemudi Islam,..Ayuh kita mula bertindak sekarang!!Agar Islam kembali tertegak semula!!Berjuang terus hingga mati!!
'SAVE THE DEEN,SAVE THE WORLD'....
Friday, March 4, 2011
~AKU PEDULI UMAT~
Assalammualaikum w.r.t semua (=^_^=)...satu lagi story baru untuk dikongsi bersama..maaf lama tak update2..al-maklumlah,saya tak pandai sangat nak menulis citer2 cam korang tu..heheh..ape2 je lah..kali ni ana nak kongsi pasal tanggungjawab kita yang paling utama..
Satu soalan untuk antum..SIAPAKAH SAUDARA KITA??..hurm..sesuka aty je nak soal2 orang ekh..hee,..anyway,adakah saudara kita cuma mak,ayah,abang,kakak,adik,kaum kerabat semua tu je saudara kita??kalau ada yang pikir camtu,the answer is totally wrong..hurm..Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat,"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara." (Al-Hujurat : 10)..Jadi,semua orang Islam adalah saudara kita..
Apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin,Mesir dan negara-negara Islam yang lain??Adakah saudara kita hidup dengan aman??bahagiakah mereka?? oh,tidak sama sekali..hidup mereka tidak senang seperti kita..tidak aman seperti di negara kita..tidak bahagia seperti kita..Malah, saudara kita semua ditindas oleh mereka yang kejam..mereka yang benci dan jijk apabila memandang Islam..
Ada diantara mereka yang telah kehilangan ibu ayah,adik beradik,rumah dan sebagainya akibat daripada serangan dan penindasan oleh mereka-mereka yang kejam..wahai teman-teman,..dimanakah kita??Adakah kita ada menyumbang apa-apa untuk saudara kita di sana??Ataupun kita hanya sekadar sedih,marah,geram sahaja tanpa melakukan apa-apa untuk membantu saudara kita??..Cuba kalau itu ibu,ayah atau adik beradik kita??adakah kita tetap hanya duduk mendiamkan diri melihat mereka???
So,apa yang kita perlu buat untuk membantu saudara-saudara kita??Adakah masih dengan sedih,marah dan geram sahaja??wahai teman-teman,mulai sekarang,kita perlu BERTINDAK!!...BERTINDAK APA!!#%??..
Sunnatullah.."Sesungguhnya,Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar Ra'du : 11)..Penindasan yang sedang berlaku kepada saudara-saudara kita sekarang mampu menyedarkan kita untuk bangkit berubah..Ini adalah satu sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah yang perlukan kepada usaha..kita perlu melakukan perubahan yang bakal membantu membangunkan kembali kegemilangan Islam..
Bagaimana kita mahu menyatu padukan kembali umat Islam dengan Aqidah Tauhid yang telah diturunkan oleh Allah melalui rasul-Nya, Nabi Muhammad??..kita boleh melakukannya dengan satu usaha yang telah diketuai oleh Rasullullah sendiri dan diwarisi oleh para sahabat,tabi'en,tabi' tabi'en,salafussoleh dan generasi seterusnya sehingga kini...usaha itu adalah usaha DAKWAH dan TARBIYYAH yang mengajak umat Islam untuk kembali mengamalkan Islam berdasarkan warisan berharga yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad untuk kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah...
Tapi ini bukanlah satu usaha yang mudah..jalan ini dipenuhi dengan kesukaran dan cabaran yang perlu ditempuhi..Namun,jika kita terus tekad untuk melakukan usaha mulia ini,InsyaAllah,Allah akan mengubah nasib kita dan nasib umat Islam seluruhnya satu hari nanti,..InsyaAllah..Sama-sama kita berdoa dan berusaha..(=^_^=)
KERANA JANJI ALLAH ITU PASTI!!!~
Subscribe to:
Posts (Atom)

