
Dakwah??? Pahit ke manis?? rasa-rasanya dua-dua pun ade...so,pahit manisnya berdakwahlah.. (=^_^=)
Erm,kat sini ana bukan nak cerita dakwah tu pahit or manis...tp nak cerita pasal DAKWAH tu sendiri..erti dakwah ialah mengajak orang untuk melakukan kebaikan..banyak cara untuk kita berdakwah..tak semestinya berdakwah dengan menggunakan ceramah2 ke apa ke,tapi kita sendiri yang perlu bergerak untuk melaksanakan hal ini...sesetengah orang kan,berpendapat kalau nak berdakwah,kena hebat berceramah macam pendakwah2 yang ade skarang..adakah kita mampu??? Jika tak mampu,tak usahlah nak sempitkan pemikiran,..kalau nak tunggu hebat baru nak start berdakwah,..sampai bila kita nak selesai dan kita nak mula bergerak??..
Bagi sahabat-sahabat yang nak berdakwah,tp mcm rasa diri tu takde kelebihan nak dakwah ngan orang,janganlah bersedih...janganlah bimbang...mcm yang ana cakap tadi,tak berceramah pun kita boleh berdakwah..kalau antum semua tak percaya,try la dulu baru tahu..tapi niat dekat hati kena betul..kita mesti niat sesuatu tu mesti kerana Allah..Tapi,kalau kita nak dakwah orang,diri kita mestilah kena betulkan dulu ye tak??kalau diri sendiri masih tak betul,macam mana kita nak dakwah or nak betulkan orang kan??Jadi,marilah kita sama-sama mentarbiyah diri kita...supaya kita mampu berdakwah dengan orang lain..supaya kita mampu untuk jadi role model kepada sahabat-sahabat kita di luar sana..
Dakwah ni hukumnya wajib..Allah berfirman dalam surah Ali 'Imran,"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar,merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali 'Imran : 104 )....Jadi,wahai teman-teman seperjuanganku,..Marilah sama-sama kita berjuang untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi-Nya ini..Dakwah ini kewajipan yang antum semua mesti laksanakan...
Tugas berdakwah ni bukannya terletak kepada pelajar2 dari sekolah agama,maahad tahfiz sahaja,malah tugas berdakwah ini menjadi tanggungjawab setiap dari kita...kita bertanggungjawab untuk menegur kawan-kawan kita yang melakukan maksiat..itu pun dah dikira sebagai dakwahlah..tapi kalau nak tegur pun,biarlah berhikmah..Allah berfirman dalam surah An-Nahl,"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-Mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik." (An-Nahl : 125)...
Nak berdakwah tu janganlah dengan keganasan..nanti orang pandang Islam ni ganas pulak..hurmm,dakwah la dengan hikmah and berilah pengajaran2 yang baik...dakwah ni bukanlah kerja dan jalan yang mudah..antum semua kena sabar dengan karenah manusia sekeliling kita nih..manusia ni macam-macam..tak semua orang mudah nak terima apa yang kita cakap..nanti bila dah ditegur,ada yang bermasam muka,tak bertegur,cakap-cakap belakang kita and macam-macam lagi lah..tapi cuba kalau kita try cakap baik-baik and tak secara direct??mesti ok punyalah..
Tak secara direct??kalau tak direct macam mana kita nak tegur bagi diorang faham ekh??contohnya ana sendiri la kan..ana ni mmg suka kawan ngan orang-orang nakal ni..macam dekat sekolah,cikgu-cikgu semua cop diorang ni budak-budak jahat..tp bagi ana,dorang tu tak jahat..alaaa,cuma nakal sikit-sikit..biasalah remaja kan..ana kalau nak dakwah ngan budak-budak ni memang la susah..tapi ana try untuk rapat-rapat dulu ngan diorang..rapat tak semestinya kena buat semua benda yang diorang buat kan??..ana juz berpakaian cam diorang,buat-buat lawak ngan diorang..bajet-bajet poyo sikit-sikit cam diorang..then bila macam dah masuk ngan diorang tu,dakwah la sikit-sikit..erm,kejap lagi ana share mcm mana tegur tak direct tu keh..so,teruskan membaca..(=^_^=)
Ana buat macam tu pun sebab ada la motif ana sendiri..bukan setakat suka-suka..cuba kalau ana try lepak-lepak ikut diorang,tapi pakai kopiah...cakap skema baik je semua..tunjuk-tunjuk alim..mana diorang suka..mesti tak masuk punya..bila dah tak rapat,pastu nak tegur-tegur..mesti diorang tak suka..tapi kalau kita dapat curi hati diorang,rapat ngan diorang,diorang rasa selesa ngan kita,barulah kita bley masuk..tapi sikit-sikit lah..jangan sekali jalan..tu kira strategi dakwah la tu kan..Ramai kawan-kawan ana selalunya suka main snooker..so ana pun belajar la main sikit-sikit..sekarang kira ok la..hehe..Selalunya,budak-budak lepak kat snooker ni,tak solat..cam kawan-kawan ana la..tp ney ikut pengalaman ana la kan..maybe tak semua..
Contoh tegur tak direct la kan,ana selalu time lepak-lepak ngan kawan-kawan kat snooker tu,selalunya ana tegur pasal solat je..contoh,
-"weh mat,stop jap la,aku nak gi solat..dah nak abes waktu da nih.."
-"alaa,lepak jap..abiskan dulu frame nih.."
-"a'ah kan,jap lagi tunggu frame abis,waktu solat pun abes ekh..baguslah kau.."
-"yela-yela,kau gerak ar gy solat dulu.."
-"ha camtu kan elok..aik,kau taknak solat sekali ke??uzur ke weh??.."
-"otak kau uzur..aku laki ar..tunggu ar jap lagi,setengah jam lagi kan..biar aku lawan mike seframe dulu.."
-"mati tak tunggu kau mat..baik solat dulu..jap gy kalau mati dah selesai solat..jom ar weh..alaa,sekejap je
laa..kejap lagi sambung la main blek..tak susah pun kan.."
-"yelah sayang,jum solat..puas aty le kau.."
-"solat bukan sebab aku,sebab Allah taw.."
Hurm..camtulah contohnya lebih kurang..tak direct sangat pun kan..simple ekh??tapi bila bercakap tu kenalah senyum..nada tu jangan over sangat..ikut kesesuaian..mudah kan??nanti lama-lama Insya-Allah diorang terbiasa..sekurang-kurangnya kita dah berdakwah kan..mcm yang ana cakap tadi,bila dah rapat,senang kita nak dakwah..ini apa yang ana buat la..and berjaya lah jugak..Alhamdulillah..Tapi ni cuma sebagai contoh je..banyak and macam-macam lagi cara yang ade..so,fikirkanlah strategi dakwah antum semua..ikut cara ana pun oke..bagi ana la kan,simple tp berkesan..lagi bagus dari complicated tapi tak memberi apa-apa kesan..
Jadi,marilah kita berjuang wahai teman-teman..sampaikan lah dakwah walau macam mana sekalipun..asalkan dakwah dan perkara yang nak disampaikan tu dapat memberi kesan positiv kepada penerimanya insya-Allah..ini cuma pandangan ana,..moga memberi kita semua manfaat insya-Allah..(=^_^=)....