HADIS PILIHAN

HADIS KUDSI

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya :
"Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud :
'Iblis berkata kepada Tuhannya :
'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu,aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka.'
Allah menjawab :
'Demi keperkasaan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku.'

BERISTIGHFARLAH...


Saturday, March 12, 2011

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA PEMUDI ISLAM













Assalammualaikum w.r.t semua (=^_^=)...story ney actually lebih kurang macam sambungan dari story yang ana kongsikan sebelum nih..untuk sesiapa yang ada baca post ana tu lah ye..hurm,...kali ni ana nak kongsi ngan antum mengenai tanggungjawab kita selaku pemuda dan pemudi Islam~...

Islam memerlukan pemuda pemudi yang hebat untuk mengembalikan keagungannya...Kita adalah harapan...sebab apa??..sebab pada pemudalah ada kekuatan fizikal,emosi dan mental berbanding mereka yang telah mencapai usia lanjut..oleh itu,wajarlah kita mambantu Islam dengan meneruskan kerja-kerja dakwah agar Islam kembali mencapai kegemilangannya...Tapi,dimanakah pemuda pemudi Islam!!??...Dimanakah kalian!!??...Tidakkah kalian mahu membantu agama kalian??..Tidakkah kalian mahu membantu saudara2 kalian yang ditindas,dihina,dicaci hanya kerana mereka memeluk agama Islam!!??...Sedarlah kalian..marilah kita bersama-sama memikul tanggungjawab ini...Ayuh kita bangkit berubah....Tinggalkan semua perkara-perkara yang mungkar...Mari kita bersama-sama meneruskan usaha dakwah bagi membantu agama Allah...

Kita selaku pemuda dan pemudi Islam perlu fikir lebih tentang ummat berbanding diri kita sendiri...Cuba kita sama-sama renungkan bagaimana Rasulullah menyangi ummatnya...Rasullullah terlalu sayangkan ummatnya..sehinggalah sewaktu Rasulullah hampir wafat,Rasullullah tidak berhenti menyebut-nyebut ummatnya...Baginda amat menyayangi kita..Adakah kita juga menyangi baginda??tanyalah sendiri pada diri kalian...Jikalau kita katakan sayang pada baginda,marilah kita bersama-sama teruskan usaha dakwah yang telah diketuai oleh Rasulullah sendiri..Kita harus faham dakwah dan cara kerja yang betul..Hanya satu dakwah yang boleh menyelamatkan manusia iaitu ISLAM..Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3 mafhumnya,"...Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu,dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu,dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu..."

Dakwah perlukan pengorbanan...ana nak kongsi dengan antum kisah Khabbab Bin Al'Arat...mungkin ramai yang dah tahu...tapi takpelah,sekadar perkongsian....Khabbab ni hamba kepada seorang wanita..bila tuan dia tahu yang Khabbab dah peluk Islam,Khabbab telah diseksa dengan sangat-sangat kejam...bermacam-macam seksaan yang dikenakan..Antaranya,Khabbab dipakaikan baju besi lalu dibaringkan di bawah terik matahari sehingga kulitnya mengelupas..kepala Khabbab juga diselar dengan panas yang merah membara...yang paling ana gerun bila ana dengar Khabbab kena seret atas timbunan bara api sehingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari badannya memadamkan bara-bara api tu...Tapi Khabbab tetap mempertahankan agama Allah..cuba kita yang berada di tempat Khabbab??adakah kita sanggup melakukan pengorbanan sebegitu??Fikirkanlah....

Pemuda pemudi Islam mestilah mempunyai fikrah Islam yang tulin yang tidak dicemari oleh ideologi-ideologi jahiliyah yang bertentangan dengan Islam...Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 85 mafhumnya,"Dan barang siapa mencari agama selain Islam,dia tidak akan diterima,dan di akhirat dia termasuk yang rugi."...Pada masa kini,musuh-musuh Islam berusaha untuk merosakkan pemuda pemudi Islam dengan pelbagai cara antaranya melalui ghuzwatul fikr(serangan pemikiran)...Tanpa kita sedari mereka telah merosakkan pemikiran pemuda pemudi Islam melalui 5 S (Sports,Smoke,Screen,Songs,Sex) dan 4 F (Fashion,Food,Fun,Female)...Ayuh kita berfikir teman-teman...Adakah selama ini pemikiran kita dikuasai oleh musuh-musuh Islam?...Adakah kita telah tewas dengan serangan mereka???Jika ya, bertaubatlah, berubahlah wahai teman-teman...Jika kita mampu melawan serangan pemikiran ni,insyaAllah,kita akan mampu membentuk dan memperjuangkan fikrah Islam yang sebenar-benarnya...

Antara tugas-tugas kita selaku pemuda dan pemudi Islam ialah menceritakan hakikat Islam dengan jelas kepada mereka yang kurang berpengetahuan, mengajak semua ummat Islam mempraktikkan semua ajaran Islam secara menyeluruh serta berusaha memastikan semua ummat Islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama..Keselamatan hidup kita,dunia dan akhirat,hanya akan diperoleh dengan cara kita tunduk dan patuh dengan keduanya...Kita perlulah menjalankan tugas-tugas ini agar kita mampu membantu bagi menegakkan Agama Islam di muka bumi...Oleh itu,wahai pemuda dan pemudi Islam,..Ayuh kita mula bertindak sekarang!!Agar Islam kembali tertegak semula!!Berjuang terus hingga mati!!

'SAVE THE DEEN,SAVE THE WORLD'....

2 comments:

  1. Insyaallah Allah akan membntu kita menjalankan kerja dakwah walaupun ada byk dugaan....

    “ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)

    Allahuakbar !!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Allah memang akan membantu kita amir..yang penting hati tu ikhlaskan...jzkk 4 sharing..

    ReplyDelete